Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

View previous topic View next topic Go down

Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by .: J i J a H :. on Mon Oct 16, 2006 8:42 am

Pengkhususan

v Sejuk Beku
v Bakeri
v Bakeri Sejuk Beku (Asas Kelapa)
v Bakeri & Sejuk Beku
v Hasilan Buah-Buahan

PENGENALAN

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti Makanan Sejuk Beku, Bakeri, Produk Hasilan Kelapa, Makanan Sejuk Beku dan Buah-buahan.
PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk mempastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) serta Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP). Di samping itu peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek Motivasi Keusahawanan, mengurus kewangan, mengurus pemasaran dan menyediakan Rancangan Perniagaan.
Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian atau swasta.
PENGAMBILAN PESERTA

Tempoh kursus ialah enam (6) bulan dan pengambilan peserta akan dibuat setahun sekali iaitu dalam bulan Mac.
KEMUDAHAN

Tempat tinggal & makan semasa kursus
Elaun kursus
SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia berumur antara 20 – 40 tahun, jantina lelaki atau perempuan.
Berkelulusan SPM/SPVM.
Tinggal di asrama sepanjang tempoh latihan
Sihat tubuh badan dan berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus


TEMPAT LATIHAN

Kursus akan dijalankan di empat (5) buah Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:

PBU Serdang Selangor – Sejuk Beku
PBU Ayer Hitam Johor – Bakeri
PBU Manong Perak – Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa)
PBU Telok Chengai Kedah – Bakeri & Sejuk Beku
PBU Ajil Terengganu – Hasilan Buah-Buahan


CARA MEMOHON

Iklan akan dikeluarkan melalui Jabatan Pertanian Putrajaya, Jabatan Pertanian Negeri-negeri dan Institut –Institut Pertanian, laman web Jabatan Pertanian Malaysia serta di akhbar-akhbar tempatan. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan ke:

Timbalan Pengarah Industri Asas Tani
Bahagian Pengembangan, Perundingan, Pelaburan & Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian,
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Aras 8 Lot 4G2 Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62632 Putrajaya



BIMBINGAN SELEPAS KURSUS

Pihak Jabatan Pertanian akan terus membimbing peserta lepasan Pusat Bimbingan Usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan Pemprosesan Makanan.
Peserta yang telah menjalankan projek akan terus diberi khidmat nasihat dari pegawai pembimbing di negeri.


Pegawai Jabatan Pertanian di Negeri Yang Boleh di hubungi:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang

Perak

Selangor

Negeri Sembilan

Melaka

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan
Cik Nor Azira bt. Abu Bakar (Tel: 04-9384466)

En. Hashim b. Saari (Tel: 04-7775000)

En. Ariff b. Yusoff (Tel: 04-5372145)

En. Mohd Zaki b. Mahmud (Tel: 05-2541999)

En. Kamaruddin b. Hamzah (Tel: 03-55192452)

Pn. Hjh. Nilawati bt. Pilus (Tel: 06-7659767)

Pn. Juliawaty bt. Sulaiman (Tel:06-2324416@17)

En. Zulkifli b. Abas (Tel:07-2355506/7)

En. Faisal b. Hassan (Tel: 09-5733057)

En. Razak b. Husin (Tel: 09-6222444)

En. Sulaman b. Muhammad (Tel: 09-7442400)



Ibu Pejabat:

1. Pn. Faridah Aini Muhammad (Tel: 03-88703432)

2. Cik Diana Jamaluddin (Tel: 03-88703553)

3. Pn. Dee Noo Aiza Hayati Md. Noh (Tel: 03-89482971)
< < < A k U M e M a N g A k U > > >

.: J i J a H :.
Admin
Admin

TaurusDog
Posts : 31
Joined : 11 Sep 2006
Age : 26
Localisation : SeReMbAn NS, BaNdAr BaRu BaNgi SlgR, MeLaKa, PuTrAjAyA

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by alang on Fri Feb 23, 2007 8:49 pm

G-gah nak tanya sikit, kursus sembelih atau keratan daging ada ka.. kalu ada bg tau eden k. ko camne dah ada isi ke. jng mare...

alang

PiscesGoat
Posts : 7
Joined : 16 Feb 2007
Age : 29

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by SUZANNA on Sat Feb 24, 2007 8:42 am

alang ader kj partime tak untuk kite.... nak tolong jage lembu ker aper ker... yg berkaitan ternakan.... kite suke ler....Very Happy

SUZANNA
Advance Members
Advance Members

LibraDog
Posts : 42
Joined : 12 Sep 2006
Age : 25
Localisation : BT CAVES,PUTRAJAYA,KL...

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by iera on Mon Feb 26, 2007 10:20 am

aku tak leh bayang muka zana jage lembu...
kuang..kuang..
tp m/be ko leh wat lembu2 tu suka kat ko...
drg tapak kaki pun dah berebut serbu ko...

iera
Advance Members
Advance Members

ScorpioDog
Posts : 46
Joined : 09 Oct 2006
Age : 25
Localisation : Kota Bharu

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by ROSNAH on Tue Feb 27, 2007 12:50 pm

korang... aku dah pakat ngan hubby aku nak buat projek penanaman sikit kat tanah sekangkang kera yg kat belakang rmh mak mertua aku. masalahnya skang tnh tu kat tgh bandar... kalau nak tnm terus atas tnh tu, kompom perbandaran takkan luluskan..... jadi aku nak mintak pandangan korangla... cara penanaman mana yg baik utk tnh bandar? n tanaman apa yg sesuai? sebenarnya aku lebih suka nak tnm sayur2.
maybe alang ada cdgn kot coz dia berpengalaman...

ROSNAH
Members
Members

PiscesDog
Posts : 29
Joined : 13 Nov 2006
Age : 26
Localisation : Kemamang

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by iera on Fri Mar 02, 2007 9:47 am

jah...
ader maklumat sal pengetinan tak..
pembungkusan ker...
cthnya la...
pengetinan sardin..
dari mana dapatkan tin..
saper wat..
proses wat tin...
sajer tanya kot ade maklumat sal tu

iera
Advance Members
Advance Members

ScorpioDog
Posts : 46
Joined : 09 Oct 2006
Age : 25
Localisation : Kota Bharu

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by alang on Fri Mar 02, 2007 8:45 pm

zana- keja ada tp full time la. kak zura ko tengah cari pembantu rumah jaga anak je laki dia takyah jaga. leh ke? pekerja jaga lembu pun nak juga alang punya. kalu ada kekawan mamat endon nak keja bagi la tau k.

alang

PiscesGoat
Posts : 7
Joined : 16 Feb 2007
Age : 29

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by nurhayaati on Fri Mar 02, 2007 8:54 pm

iera wrote:
ader maklumat sal pengetinan tak..
pembungkusan ker...
cthnya la...
pengetinan sardin..
dari mana dapatkan tin..
saper wat..
proses wat tin...


maklumat untuk wat tin leh refer kat buku proses pembuatan budak mekanikal...org takde buku tu...
try cari kat library tuk buku manufacturing...guna kaedah gelekan tuk dapat bulat mcm silinder..n ada 2 kaedah lagi...tp x ingt nama nyer

nurhayaati
Members
Members

LibraDog
Posts : 25
Joined : 29 Sep 2006
Age : 25
Localisation : skudai..Johoree

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by alang on Fri Mar 02, 2007 9:17 pm

senah. sebelum bagi cadangan nak tanya dulu tanah tu sendiri punya ke majlis punya? kalu sendiri punya apa masalah pula nak tanam apa pun tp kena kemas, bersaih dan tak menyimpan serangga penyakit. seeloknya kalu tengah bandar tanaman yg rendah lebih baik. kalu tanah majlis punya kena minta kebenaran kalu x boleh nak wat camne.
laki ko nak ke cucuk tanam. alang skrang tengah tanam jagung,cili dan sawi. saja tanam suka-suka dlm satu ekar.

alang

PiscesGoat
Posts : 7
Joined : 16 Feb 2007
Age : 29

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by alang on Fri Mar 02, 2007 9:24 pm

yatie- dulu kan kita belajar kerja ketuk2 tin. buat lah sendiri apa susah. lawak je biasa ikut pengalaman alang la, tin biasa dapat dari pembekal yang ditempah khas ikut saiz. tapi kita kena ada mesin pengetinan bukan boleh pakai tangan. ko nak wat projek beso ke?

alang

PiscesGoat
Posts : 7
Joined : 16 Feb 2007
Age : 29

Back to top Go down

Re: Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan Untuk 2007

Post by ROSNAH on Mon Mar 05, 2007 2:52 pm

Alang,
tanah tu tanah cina, tapi dia bagi sewa. niat hati tu memang nak tanam jagung n cili. sambil2 jaga mak mertua, bole gak cari duit lebih ckit.

ROSNAH
Members
Members

PiscesDog
Posts : 29
Joined : 13 Nov 2006
Age : 26
Localisation : Kemamang

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum